Sekolah Kebangsaan Bukit Paloh telah ditubuhkan pada 2 Februari 1950. Sebelum tertubuhnya sekolah ini, kanak-kanak dari Ladang Bukit Paloh dan Kampumpung Melayu Batu 4 terpaksa bersekolahh di Pekan Paloh yang jaraknya lebih dari 6km. Kanak-kanak ini terpaksa menaiki lori untuk ke sekolah, dan apabila ketiadaan lori memaksa mereka berjalan kaki. Kesedaran pekerja ladang betapa pentingnya pendidikan telah menubuhkan Jawatankuasa Bertindak agar sebuah sekolah dapat ditempatkan di Ladang Bukit Paloh.
Maka, pada 2 Februari 1950, Kementerian pada masa itu telah meluluskan penubuhan sebuah sekolah iaitu 'SEKOLAH KEBANGSAAN LADANG BUKIT PALOH' di Ladang Bukit Paloh. Murid-murid sekolah ini pada awal penubuhannya terpaksa belajar di rumah-rumah pekerja ladang yang telah diubahsuai menjadi bilik-bilik kelas.
Pada tahun 1977, Kerajaan Malaysia telah meluluskan agar Sekolah Kebanngsaan Ladang Bukit Paloh mempunyai bangunan sendiri. Sehubungan dengan itu, seorang dermawan bernama Tuan Syed Hassan Bin Hashim telah bermurah hati untuk menyerahkan tanahnya di Lot 1071 seluas 8 ekar 1 rod 08 pol untuk dijadikan tapak bangunan sekolah. Maka dengan rasminya, Sekolah Kebangsaan Ladang Bukit Paloh berpindah ke bangunan sendiri pada 3 Januari 1978 dengan alamatnya berikut:
SEKOLAH KEBANGSAAN LADANG BUKIT PALOH
KAMPUNG MELAYU BATU 4 PALOH,
PALOH, KLUANG,
JOHOR.

No comments:
Post a Comment