PENGASAS SEKOLAH
Sekolah Kebangsaan Bukit Paloh telah diasaskan pada awal tahun 1949 sebelum menjadi kenyataan pada tahun 1950. Diantara pengasas sekolah ini ialah :
1. Tuan Syed Hassan Bin Hashim (Allahyarham)
Beliau adalah kontraktor di Ladang Bukit Paloh, selain menjadi imam di Ladang yang sama. Beliau juga yang memperjuangkan agar Sekolah Kebangsaan Ladang Bukit Paloh mempunyai bangunan sendiri dan berjanji jika kerajaan memberi peruntukan untuk membina bangunan sendiri maka beliau juga sanggup mewakafkan sebahagian tanahnya. Apabila Kerajaan meluluskan peruntukan pembinaan Sekolah Kebangsaan Bukit Paloh, maka beliau juga mengotakan janjinya. Semoga rohnya dicucuri rahmat, Al-Fatihah.
2. Tuan Haji Samuni Bin Hassan (Allahyarham)
Beliau adalah seorang bilal muda di Ladang Bukit Paloh. Sebagai orang muda, Beliaulah yang diharapkan untuk bergerak agar Sekolah Kebangsaan Ladang Bukit Paloh menjadi realiti. Selepas bersara beliau berpindah ke Kampung Melayu Batu 4 dan dilantik menjadi Ketua Kampung merangkap Pengerusi JKKK Kampung Melayu Batu 4 Paloh sehingga beliau menghembuskan nafas terakhir. Semoga rohnya dicucuri rahmat, Al-Fatihah.
Subscribe to:
Posts (Atom)
No comments:
Post a Comment