COGANKATA SEKOLAH

PENYEMAI ILMU PENGETAHUAN


Cogankata ini telah dipilih kerana ianya amat bertepatan dengan
Falsafah Sekolah Kebangsaan Bukit Paloh : 


Bahawasanya murid sekolah ini mempunyai kebolehan dan potensi
untuk maju dari segi inteleknya. Oleh itu, peluang seluas-luasnya
akan diberikan kepada mereka untuk mengembangkannya;


Bahawasanya pendidik di sekolah ini mempunyai keyakinan,
keupayaan, pengetahuan, kemahiran,kecekapan, semangat,
dan kebolehan iktisas serta kepercayaan profesional untuk
memberikan pendidikan yang sempurna dan bermutu;


Bahawasanya sekolah ini mempunyai keupayaan dari segi fizikal
dan tenaga pengajar yang berwibawa dan sedia memikul tanggungjawab
bagi melahirkan insan yang bersepadu sertamemberikan sumbangan
yang positif kepada bangsa, agama dan Negara.

No comments:

Post a Comment