Syukur kita kehadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan rahmatNya dapat kita kembali ke sekolah untuk sesi 2020 bagi terus menggalas amanah dan melaksanakan tanggungjawab sebagai insan yang bergelar guru.
Sebagai warga Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) kita dituntut melaksanakan perubahan atau transformasi pendidikan sebagai satu kesinambungan atau penambahbaikan kepada pelanggan kita. Untuk itu, sebagai warga pendidik kita wajib memahami dan menghayati Pelan Pendidikan Malaysia (PPPM).
Bertepatan dengan moto Sekolah Kebangsaan Bukit Paloh iaitu ‘Penyemai Ilmu Pengetahuan’ saya sebagai pemimpin pendidikan di sekolah ini yakin setiap warga pendidik telah dan akan siap siaga mengembling tenaga, idea mahupun pengetahuan bagi memastikan setiap ‘anak didik’ sekolah ini sentiasa berdaya saing dan cemerlang dalam kurikulum, kokurikulum mahupun sahsiah.
Akhir sekali, saya berdoa agar kehadiran kita selaku warga penddidik di sekolah ini akan sentiasa menjadi ingatan kepada pelanggan kita kerana kecemerlangan yang kita bina di sini. Dengan sifat kepimpinan dan keimanan marilah kita menyahut cabaran demi kecemerlangan pendidikan masa kini
Selamat bertugas dengan penuh iltizam
Kamaruddin Bin Mohamed
Guru Besar
SK Bukit Paloh,
86600 Kluang, Johor.